suatu masa dahulu. semua berbaju. kemeja putih layu. dada belum berbulu. semua mahu melulu.
kini semua sudah maju. tidak lagi putih layu. dada masing masing berlulu. semua sudah tahu hala tuju.
hidup seperti angin. tiada dimata tapi bisa dirasa. kadang kadang merasa. tidak selalu meminta.
bila langit mula kelabu
bila hatimu makin celaru
bila fikiran sudah buntu
bila mukamu pilu membiru
bila lututmu bergoyang
bila akalmu kering kontang
bila kakimu mahu telentang
bila kau makin hilang
ingat sahaja aku disini
takkan ku biar kau sendiri
akan aku pastikan kau terus berdiri
jangan kau berani rebah menyembah bumi
selagi aku masih boleh berdiri
ambil sahaja telefon bimbitmu
cari aku jangan engkau malu
akan aku bantu selagi termampu
kerana engkau sentiasa sahabat sejatiku.
cantik bunga harum mewangi. jika nanti aku pergi. jangan pernah lupakan sahabatmu yang ini.

No comments:
Post a Comment