Tuesday, June 7, 2011

Satu Balang Shisha

Malam yang permai

Tidak kira bila. tidak kira masa. kalau sudah janji. itu mesti ditepati. melepak mamak. beramai ramai. menonton epl. bersama teman teman. pasti ada sekurangnya. satu balang shisha. tidak kira apa perisa. asalkan ada. dihisap dan dihembus. bergilir gilir mengambil giliran. dengan sabar menanti. melihat gelagat semua rakan. masing masing ada kerenahnya. ada yang baik. ada yang kelakar macam babi. memang tidak kering gusi. terasa dunia kami yang punya. gelak sekuat hati. biar lah orang pandang sekalipun. kami memang takkan kisah. sudah itu cara kami. berbicara pasal dunia. semua orang ada ceritanya. bercerita segalanya pasal orang. si A begini. si B pula begitu. si C aku benci. si D cantik juga. aku pula ini sahaja. cerita aku banyak. tapi pasal aku sikit sahaja. habiskan masa menilai orang. diri sendiri terkontang kanting. tidak habis habis berkata tentang orang lain. sudah bosan mengutuk atau dikutuk dan terkutuk. cerita epl pula dibuka. Arsenal bongok. Man U bajet je best. nanti lama lama kalah lah tu. Chelsea selengee. duit banyak banyak buang piala tak dapat pun. pemain tu buang jelah. beli yang ni. lagi bagus. semua orang ada pendapatnya sendiri. demi menyokong pasukan mereka. lain orang lain pasukan. boleh bergaduh membela pasukan mereka. tapi tidak bagi kami. kami begitu kerana kami memang begitu. cakap macam kami tahu semuanya. padahal tidak tahu apa apa. apabila di mamak. ini jelah kerja kami. kami tidak akan bosan hidup begini. kerana kami enjoy berbuat begini. bila kita nak lepak lagi:)

No comments:

Post a Comment